Versi Bahasa Melayu
Layar WarisanRekod portal filem Malaysia · tangkapan 2012
23 Februari 2012 : Pengumuman
Tayangan Filem Pendek Sempena French Language Week 2012

imej arkib tidak tersedia

Tayangan filem pendek sempena French Language Week 2012 pada 19 Mac 2012 (ISNIN) di Studio Sound Stage, Layar Warisan jam 8.00 malam dikendalikan oleh L’Organisation Internationale de la Francophonie (OIF) yang membawa bersama negara-negara yang menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa yang sama. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Latihan ditalian 03-4104 1375 / 1377.



22 Februari 2012 : Berita
Adnan Sempit 2 Lebih Padat Dengan Jenaka

imej arkib tidak tersedia

Lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak dalam Adnan Sempit 2 bakal memberi kelucuan yang tidak terhingga kepada penonton. Begitu juga dengan kehadiran pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Aznah Hamid, sekuel kali ini pastinya menjanjikan yang terbaik.



19 Januari 2012 : Berita
Sumpahan Kum Kum Bob Hashim

Tahun 2012 merupakan tahun produktif buat Metrowealth (MIG) dalam usaha untuk merealisasikan sasaran untuk menerbitkan 29 buah filem. Dengan itu, MIG terus mengatur langkah bagi merealisasikan sasaran tersebut dengan menerbitkan sebuah lagi filem iaitu Sumpahan Kum-Kum.



11 Januari 2012 : Berita
Bujang Terlajak Belum Terlanjur

"Susah untuk menggabungkan mereka bertiga dalam satu filem", itulah kata awalan daripada produser filem komedi pembuka tahun baru ini, 'Bujang Telajak Belum Terlanjur' iaitu A. Latiff Mohaideen. Tiga tunjang utama filem ini bukanlah calang-calang orang dalam industri hiburan ini.



10 Januari 2012 : Pengumuman
Pertandingan Video Kreatif CIDB 1 Bina

Satu Pertandingan Video Kreatif CIDB 1 Bina.my bersempena eConstruction 12, CIDB 1 Bina.my dan bertemakan Keselamatan Di Tapak Binaan. Video yang dipertandingkan tidak melebihi lima minit dan tidak terhad kepada satu genre mengikut kreativiti masing-masing. Tarikh penyertaan berakhir pada 27 Januari 2012; butiran hubungan lama telah dibuang.



07 Disember 2011 : Berita
Songlap Huru-Hara Yang Menghiburkan

imej arkib tidak tersedia

Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films, melangkah kehadapan dengan menerbitkan filem aksi drama yang jarang dihasilkan oleh penerbit-penerbit filem tempatan bertajuk Songlap yang bakal ditayangkan di 77 buah pawagam termasuk Brunei pada 15 Disember 2011.



06 Disember 2011 : Berita
Festival Filem Pendek silentSHOUT 2011

imej arkib tidak tersedia

Pada 17 Disember 2011 (Sabtu), 2 petang bertempat di Pawagam P. Ramlee, Layar Warisan akan berlangsung Festival Filem Pendek silentSHOUT 2011. Festival ini akan mempamerkan filem pendek, hasil kerja orang- orang pekak dan boleh dengar di Malaysia. Filem-filem pendek ini adalah daripada hasil pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh silentSHOUT pada tahun ini. Tiket berharga RM 20.



24 November 2011 : Berita
Hikayat Merong Mahawangsa Dinobatkan Filem Terbaik FFM24

PUTRAJAYA, 20 November 2011 – Pengarah Yusry Abdul Halim menerusi filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menunjukkan kehebatan empayar Melayu kurun ke-2 tentang tanah Melayu diangkat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke – 24 (FFM24) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).



23 November 2011 : Berita
Merentasi Sempadan 2011

imej arkib tidak tersedia

Layar Warisan (Layar Warisan) bersama-sama dengan Documentary Campus (Germany), EDN-European Documentary Network, Blue In Green Productions (Malaysia) dan European Union's MEDIA Mundus mengalu-alukan penyertaan projek-projek untuk MERENTASI SEMPADAN 2011 – Program Pembangunan Dokumentari Eropah Asia Pasifik.



21 November 2011 : Berita
Asia Televison Forum

imej arkib tidak tersedia

Malaysia, akan meneruskan misi membantu penerbit filem tempatan memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa. Sehubungan itu, Layar Warisan Malaysia melalui Layar Warisan (Layar Warisan) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan MATRADE akan menyertai satu lagi pasaran filem, Asia Television Forum yang akan berlangsung di Marina Bay Sands Casinos & Resort, Singapura pada 7 – 9 Disember 2011.



1, 2, 3 ... 18, 19, 20  Seterusnya
Bahan Flash arkib tidak diaktifkan


Berdasarkan Kutipan Wajib Tayang
imej arkib tidak tersedia KL Gangster
11.74 juta
imej arkib tidak tersedia Ombak Rindu
10.90 juta
imej arkib tidak tersedia Hantu Bonceng
8.53 juta
imej arkib tidak tersedia Ngangkung
8.18 juta
imej arkib tidak tersedia Kongsi
8.09 juta
imej arkib tidak tersedia Khurafat
8.08 juta
imej arkib tidak tersedia Hantu Kak Limah Balik Rumah
7.90 juta
imej arkib tidak tersedia Adnan Sempit
7.66 juta
imej arkib tidak tersedia Hikayat Merong Mahawangsa
6.50 juta
imej arkib tidak tersedia Lagi-Lagi Senario
6.33 juta

Laman Utama Pengumuman · Artikel · Keratan Akhbar
Tentang Arkib Mengenai Rekod · Dasar Keselamatan · Dasar Privasi
Filem Rekod Filem · Direktori · Galeri
Festival Festival Filem Malaysia · Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penerbitan bebas berdasarkan tangkapan portal filem bertarikh 27 Mac 2012. Rekod ini tidak semasa dan tidak bergabung dengan agensi kerajaan, badan industri, studio atau pengendali asal.