![]() |
Tahun 2012 merupakan tahun produktif buat Metrowealth (MIG) dalam usaha untuk merealisasikan sasaran untuk menerbitkan 29 buah filem. Dengan itu, MIG terus mengatur langkah bagi merealisasikan sasaran tersebut dengan menerbitkan sebuah lagi filem iaitu Sumpahan Kum-Kum. Filem ke-54 terbitan MIG ini menampilkan Ismail Bob Hashim sebagai pengarah melalui Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG. Sekali lagi, genre seram menjadi taruahn beliau setelah berjaya menghasilkan Ngangkung yang mencipta rekod box office dalam kutipan melebihi RM 8 juta. Walaupun Sumpahan Kum Kum merupakan genre seram pertama arahan beliau namun ianya bukanlah sesuatu yang janggal kerana sebelum ini, beliau turut membantu dalam menghasilkan drama yang bergenre sama.
![]() |
MIG percaya penerimaan penonton terhadap genre seram sememangnya ditunggu-tunggu peminat kerana ianya mempunyai jalan penceritaan yang menarik serta adakalanya berkisarkan kisah benar. MIG juga sentiasa positif dalam menghasilkan genre-genre yang terbaik untuk dihidangkan kepada penonton masa kini. Faktor itu juga memberi keyakinan kepada MIG untuk terus merealisasikan sasaran menerbitkan 29 buah filem untuk tahin 2012 ini selain percaya genre seram mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.
![]() |
Filem ke-5 arahan beliau ini menjalani pengambaran di sekitar Ijok, Selangor. Pemilihan lokasi ini dibuat berdasarkan konsep penceritaan dan latar cerita filem bergenre seram serta kesesuaian dalam penghasilannya unutk membantu membangkitkan mood lakonan kepada para pelakon. Selain itu, filem ini juga diperkuatkan lagi dengan lakonan mantap dibawah Unit Talent MIG iaitu Fezrul Khan dan Wawa Zainal. Ia juga turut dibantu oleh Maimon Mutalib, Lydiawati, Razak Ahmad, Kaza, Ct Chubby, Putri Mardiana serta pelakon cilik Farisya Fatin Faizal dan ramai lagi.
![]() |
Dalam perkembangan terkini filem-filem terbita MIG yang akan menemui penonton adalah filem Hantu Dalam Botol Kicap pada 9 Februari arahan Azhari Zain, Adnan Sempit 2 pada 23 Februari arahan Ismail Bob Hashim, 7 Petala Cinta pada 15 Mac arahan Azhari Zain, 3 Temujanji pada 5 April arahan Hashim Rejab, Ngongkrong pada 10 Mei arahan Ismail Bob Hashim , X pada 7 Jun arahan Ollyn dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang pada 14 Jun arahan Ollyn. Untuk peminat filem seram tempatan, jangan lupa saksikan Sumpahan Kum-Kum di pawagam pada 26 Januari ini.

| Berdasarkan Kutipan Wajib Tayang | |
| imej arkib tidak tersedia | KL Gangster 11.74 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Ombak Rindu 10.90 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Hantu Bonceng 8.53 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Ngangkung 8.18 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Kongsi 8.09 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Khurafat 8.08 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Hantu Kak Limah Balik Rumah 7.90 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Adnan Sempit 7.66 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Hikayat Merong Mahawangsa 6.50 juta |
| imej arkib tidak tersedia | Lagi-Lagi Senario 6.33 juta |