Jelajah lapan filem pilihan
Anda berada di : Utama > Filem > Bujang Lapok


15839 dilihat
Bujang Lapok
Pengarah : Tan Sri P. Ramlee
Syarikat Penerbit : Malay Film Productions Ltd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 November 1957


Pengarah
 
Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Ramli (Pelakon Utama)
:
Aziz (Pelakon Utama)
:
Sudin (Pelakon Utama)
:
Normah (Pelakon Utama)
:
Zaiton (Pelakon Utama)
:
Sapiah (Pelakon Utama)
:
Kak Siti (Pelakon Utama)
:
Ayu (Pelakon Pembantu)
:
Bapa Sapiah (Pelakon Pembantu)
:
Ibu Sudin (Pelakon Pembantu)
:
Sharif (Pelakon Pembantu)
:
Tuan Malik (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Muzik)
:
(Pereka Bunyi)
 
Sinopsis:

RAMLEE, Sudin dan Aziz (tiga Bujang Lapok) menyewa bilik di rumah kepunyaan janda muda, Cik Norma.  Ramlee bekerja sebagai "salesman" (penjual ubat), Sudin kerani manakala Aziz pemandu lori. Sudin sedang berkasih-kasih dengan Zaiton, anak Cik Siti Tanjung Perak, yang tinggal bersebelahan tempat mereka menyewa, Ramlee pula tidak menyedari yang dirinya dicintai Cik Norma sedangkan Aziz setakat ini belum ada sesiapa dihatinya.

Dalam pada itu Sofia sering datang ke rumah Cik Norma untuk meminjam beras kerana kesempitan hidup atas perbuatan ayah angkatnya yang kaki judi dan kuat minum arak. Cik Siti mahu menjodohkan Zaiton dengan orang kaya tetapi dibantah oleh Zaiton dan ini membuatkan Cik Siti tidak senang dan terus menyerang emak Sudin apabila dia mendapat tahu dari Ayu (adik Zaiton) yang Zaiton sedang membuat hubungan sulit dengan Sudin.

Dalam pada itu, Ramlee sering saja diperdayakan oleh wanita-wanita yang ditemuinya untuk dipikat.  Ketika bersendirian di tepi sungai, Aziz menyelamatkan Sofia yang terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri. Aziz membawa Sofia ke rumah Cik Norma dan dia mendapat perlindungan di situ kerana Sofia menyatakan yang dirinya mahu diperkosa oleh seorang lelaki sebagai menebus hutang berjudi ayah angkatnya.  Tetapi Sofia dapat melepaskan dirinya.

Ayah angkat Sofia datang untuk membawanya pulang dan dia telah menumbuk dan memukul Aziz dan Sudin kerana turut campur mengenai hal Sofia.  Bagaimanapun dia mendapat tentangan dari Ramlee yang terus mengecam yang tindakannya itu seperti binatang dan menggalakkan persundalan.

Sementara itu, bagi menyelesaikan masalah antara Zaiton dengan Sudin, Ramlee telah mencadangkan supaya Cik Norma menjadi orang tengah.  Bila usaha dijalankan hasilnya berjaya di mana emak Zaiton berdamai dengan emak Sudin di samping emak Zaiton bersetuju supaya Zaiton dikahwinkan dengan Sudin dengan hantaran 1000 ringgit serba satu dan dipersetujui emak Sudin.

Sudin bimbang dengan nilai hantaran itu tetapi emaknya berjanji akan mendapatkan bantuan dengan membuat pinjaman daripada adik beradik Sudin. Ramlee dalam usahanya memikat wanita yang disukainya terus kena tipu, manakala Aziz dan Sofia merancang untuk berkahwin lebih-lebih lagi ayah angkat Sofia telah insaf dan sedar atas kesilapan yang dilakukannya dan merestui Sofia berkahwin dengan Aziz dan terus tinggal bersama Cik Norma.

Masalah Sudin mahu berkahwin dengan Zaiton timbul lagi apabila emak Sudin menyatakan yang adik beradik Sudin tidak dapat memberi pinjaman wang untuk dijadikan belanja hantaran.  Bagaimanapun dengan menggunakan kepala otak Ramlee lagi (Ramlee, Cik Norma, Sudin, Aziz dan Sofia) memujuk Zaiton supaya mengambil cincin berlian emaknya untuk digantikan dengan yang palsu.

Dengan cincin tersebut, bolehlah digadaikan (ditebus semula kemudian) untuk dijadikan perbelanjaan perkahwinan Sudin dengan Zaiton.  Hasil tipu helah cadangan Ramlee itu berjaya.

Sewaktu perkahwinan sudin dengan Zaiton dan Aziz dengan Sofia sedang berlangsung, Ramlee kena tipu lagi apabila dia terpaksa menyerahkan semua pakaiannya kepada tauke restoran yang mana dia tidak mampu membayar harga makanan yang diminta oleh seorang kanak-kanak (yang sedang menunggu kakaknya) dan ketika mereka makan datang pula kakaknya dengan membawa ramai adik beradiknya dan memesan makanan.

Keadaan majlis perkahwinan menjadi huru hara sebentar apabila Ramlee masuk dengan berpakaian seperti roti kirai (compang camping) dan pada saat itulah Cik Norma menyatakan perasaan hatinya kepada Ramlee.  Ramlee mengucap panjang, tidak disangkanya selama ini tuan rumah yang disewanya mencintai dirinya.  Dengan tidak lengah lagi mereka pun mengadap Tok Kadi untuk berkahwin.

 
Berita Terkini Lihat Semua
Keratan Akhbar
29 Oktober 2009:Utusan Malaysia:Cuci The Musical Cetus Fenomena Baru
07 September 2009:Utusan Malaysia:Klip Filem P. Ramlee Jadi Pilihan
10 Ogos 2009:Kosmo:Meraikan Sang Legenda
11 Jun 2009:Berita Harian:Nostalgia Pak Sudin
24 Mei 2009:Utusan Malaysia:P.ramlee Tiada Di Mata, Tidak Dilupa
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Komen Terkini

"cerite lucu zaman p ramlee sampai sekarang..."
Oleh abul86 pada 31 Ogos 2009


"filem yg pertama mengenalkan saya pada Tan Sri Dr. P.ramlee"
Oleh adzhari_din pada 16 Januari 2009


"x kering gusi untuk ketawa menonton filem ini....."
Oleh daqwan pada 05 Disember 2008


"filem yang masih best utk ditontom hingga hari ini..."
Oleh cutevirus8 pada 02 November 2007