09 September 2010
09 September 2010
23 September 2010
07 Oktober 2010
21 Oktober 2010
04 November 2010
|
|
10 Ogos 2010:Pengumuman
Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010)
Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010) akan diadakan pada 1hb Oktober hingga 3hb Oktober 2010. Aktiviti-aktiviti utama ialah tayangan filem pendek dari seluruh Asia sebanyak 26 buah filem termasuk filem pendek dari Malaysia. Simposium dan ceramah berkaitan perfileman juga akan diadakan sempena festival ini. Orang ramai di jemput menghadiri SSFF & Asia 2010. Masuk adalah percuma, sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Latihan Perfileman di talian 03-41041372 / 73 / 75 / 78 & 03-41041402 (255 dilihat) 04 Ogos 2010:Pengumuman
Malam Bersama Bintang Ditunda
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Malam Bersama Bintang yang berlangsung pada setiap jumaat minggu pertama akan dihentikan sementara bermula bulan Ogos sehingga ke bulan September bagi menghormati bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba. Sehubungan itu, Program Malam Bersama Bintang akan bersambung semula seperti biasa pada bulan berikutnya iaitu pada bulan Oktober. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-4104 1300 (182 dilihat) 03 Ogos 2010:Nostalgia
Ahmad C Temui Bakat P. Ramlee
Pada 14 Januari 2010 yang lalu, negara kita kehilangan seorang lagi pelakon terkenal apabila Ahmad C meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor dalam usia 78 tahun. Ahmad C atau nama asalnya Ahmad b. Hamid meninggal dunia akibat sakit paru-paru sejak lima tahun yang lalu. "Kalau tidak kerana jasa Ahmad C, kemungkinan P. Ramlee tidak lahir sebagai seorang seniman besar negara", begitulah satu kisah istimewa Ahmad C yang mungkin tidak diketahui ramai orang. (308 dilihat)28 Julai 2010:Berita
Sesudah 37 tahun pemergian P Ramlee
TANGGAL 31 Mei datang lagi. Detik itu pasti lebih dekat terkenangkan lagi Tan Sri P. Ramlee lewat karya filem dan lagu hebatnya. Tahun ini bererti sudah 37 tahun Seniman Agung itu pergi buat selama-lamanya. Mungkin ada pihak yang kata sudah bosan bercakap mengenai P. Ramlee. Mungkin juga ada pihak yang muak dengan filemnya yang saban hari dan minggu ditayangkan di kaca TV, terutama menerusi TV2, Astro Prima mahupun TV9. (344 dilihat)
|
|
|









