B. Malaysia | English   
 
 

   FFM
   Sejarah
   Arkib

  FFM 23
   Pengenalan
   Trofi & Anugerah
   Jawantankuasa Induk
   Borang Penyertaan
   Pencalonan
   Galeri
Festival Filem Malaysia > Pengenalan FFM 23

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh penganjuran Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 Julai ini ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penundaan tarikh ini adalah atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

FFM (Festival Filem Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia. Festival tahun ini merupakan yang ke 23 dalam siri FFM. Festival Filem Malaysia kali ini akan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang telah bersetuju buat kali keempat menjadi tuan rumah bagi acara pengiktirafan industri filem yang berprestij ini.

Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.


Objektif FFM-23 adalah untuk meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta menggalakkan penghasilan karya filem yang bermutu dan diterima di peringkat global. Menyebarluaskan Program Merakyatkan Filem (PMF) dalam menyemai sikap mencintai filem tempatan di kalangan masyarakat.


Tema FFM-23 2010 ialah "FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA". Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.


Logo Festival Filem Malaysia yang sedia ada dikekalkan dalam siri penganjuran festival bermula sejak Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004. Ia merupakan sebahagian usaha penjenamaan Festival Filem Malaysia sebagai medan pengiktirafan karyawan filem yang paling unggul dan berprestij.

Ia diilhamkan dari pergerakan obor yang menyala, simbolik kepada semangat juang karyawan filem tempatan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dinamik dan menarik perhatian penonton dalam dan luar negara.

Dua lingkaran filem yang membentuk obor adalah perlambangan hubungan erat dan kerjasama padu di antara penggiat industri. Terdapat kilauan cahaya bergemerlapan di lingkaran berkenaan yang memperlihatkan komitmen dan iltizam yang tinggi untuk memartabatkan industri perfileman Malaysia.

 
 ANJURAN  
 
 KERJASAMA PERSATUAN  
 
 SOKONGAN 
 
 PENYIAR RASMI 

 
   

 

Hakcipta Terpelihara © 2007 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

URUS SETIA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 23 - 2010

Kompleks Studio Merdeka,
Jalan Hulu Kelang, 68000 AMPANG, Selangor.
Tel: 03- 4104 1401 / 03-4104 1410 /
03-4104 1403
Faks:03-4108 4537